Menurut Norman, Memey yang baru sahaja tamat proses pantangnya selama 44 hari kelmarin semakin biasa dengan rutin harian baru bersama Darwisz dan Memey cepat tangkap jika bab berkaitan penjagaan bayi.
�Alhamdulillah, Memey cepat tangkap jika kita tunjuk dia cara-cara yang betul ketika menjaga bayi yang masih kecil ini�Ujar Norman lagi selepas kelahiran Darwisz rezeki untuk keluarganya semakin murah apabila Memey sendiri terpaksa menolak tawaran berlakon ketika masih berpantang.
�Memey ada juga terima tawaran berlakon dan menjalani penggambaran di Amsterdam. Kalau ikutkan peluang memang saya mahu Memey pergi tapi setelah membuat perbincangan bersama saya cakap kepadanya �takpelah bukan rezeki kita��
�Pada saya biarlah ibunya yang jaga sendiri daripada orang luar sebab saya trauma sikit dengan isu pembantu rumah sekarang�
![]() |
Memey dan Norman Hakim |
�Kalau ikutkan memang saya nak dia bersara dan tumpukan sepenuh perhatian pada anak kami yang masih kecil, yelah kalau shooting ni tak kira masa. kadang-kadang sampai subuh pun ada.�
�Tapi saya faham perasaan dia yang sama seperti saya meminati bidang lakonan, pada saya terpulang pada dirinya dan saya tidak akan menghalang�Walaupun tidak menghalang Memey untuk bersara dari bidang lakonan, Norman Hakim memberitahu perlu ada had dari segi masa ketika shooting sehingga jam 10 malam.
Plaas 'n opmerking